Showing posts with label BATUK / SAKIT TEKAK. Show all posts
Showing posts with label BATUK / SAKIT TEKAK. Show all posts

Tuesday, June 9, 2009

BENGKAK TEKAK

Bahan2 :
- 1 Cawan Air Didih Nasi
  1. Minum air didih nasi itu.
  2. Lakukan berulang kali sehingga rasa perit dan sakit kerongkong sembuh.

SAKIT TEKAK

Bahan2 :
- 5 Keping Asam Gelugur (Asam Keping)
- Sedikit Air Sirih
  1. Bakar asam keping hingga hangus.
  2. Kemudian, tumbuk dan gaulkan dengan sedikit air sirih.
  3. Sapu pada bahagian tekak yang sakit.

MERAWAT BATUK BERTERUSAN

Bahan2 :
- Lidah Buaya (Ambil Isinya Sahaja)
- 3 Sudu Madu
  1. Gaul kedua2 bahan bersama air suam.
  2. Amalkan minum 2x sehari selama 7 hari berturut2.

* Pesakit perlu berpantang seperti berikut :

  • Jangan terlalu banyak makan makanan manis
  • Jangan tidur tidak menentu (Jangan Kurang Tidur)
  • Jangan memasukkan jari ke mulut (Seperti Kebiasaan Kanak)
  • Jangan makan terlalu banyak makanan pedas
  • Perbanyakkan gizi (Zat) dalam makanan seharian.

Tuesday, May 26, 2009

BATUK

Bahan2 :
- Akar lalang
  1. Ambil segenggam akar lalang (dibersihkan terlebih dahulu).
  2. Rebus didalam periuk dengan air sama paras akar lalang itu.
  3. Rebus hingga mendidih.
  4. Kemudian biarkan seketika. Minum airnya ketika suam.
  5. Anda juga boleh menambah sedikit gula batu jika anda rasa kurang selesa dengan rasanya.
  6. Juga elok untuk kencing kotor. Selamat mencuba.