Wednesday, August 12, 2009

DING DONG

ORDER PLZ DIRECTLY EMAIL ME
SORRY FOR THE LATE REPLY..
TQ..
* byak lgi petua akn di updte,,hope wknd ni sttle sume..
lame betol x update blog nie..sowi2..
ermmm..bz sgat3..

Wednesday, June 10, 2009

MELEMBUTKAN BIBIR

Bahan2 :
- Pati Susu / Krim Susu
  1. Sapu pati susu/krim susu pada bibir setiap hari.
  2. Amalkan setiap hari untuk mendapat bibir yang lembut dan merah.

MENGHILANGKAN PANAU

Bahan2 :
- Pucuk Lada
  1. Pucuk lada dikoyak2 terlebih dahulu.
  2. Kemudian, tenyehkan di kulit yang berpanau sahaja sambil berselawat.
  3. Lakukan dengan kerap.
  4. InsyaAllah, mudah-mudahan panau akan hilang.

MENGHILANGKAN TAHI LALAT

Bahan2 :
- Getah Daun Kemboja
- Kapas
  1. Ambil getah daun kemboja dan letakkan diseluruh tahi lalat yang tidak diingini itu.
  2. Kemudian, tampalkan kapas di atas permukaan tahi lalat yang telah disapu getah kemboja tadi.
  3. Lakukan sehingga tahi lalat itu kering dan mengelupas.
  4. Sedikit demi sedikit tahi lalat akan nipis dan hilang.
  5. Petua ini juga boleh dilakukan untuk menghilangkan ketuat dan juga mengubati pecah2 kaki.

Tuesday, June 9, 2009

DARAH TINGGI

Bahan2 :
- Belimbing Buluh
  1. Makan 2 biji belimbing buluh setiap hari.
  2. Amalkan memakan setiap hari sehingga kesannya nampak pada penurunan darah.
  3. Juga kurangkan pengambilan garam dan daging serta makanan yang mengandungi lemak.

BENGKAK TEKAK

Bahan2 :
- 1 Cawan Air Didih Nasi
  1. Minum air didih nasi itu.
  2. Lakukan berulang kali sehingga rasa perit dan sakit kerongkong sembuh.

SAKIT TEKAK

Bahan2 :
- 5 Keping Asam Gelugur (Asam Keping)
- Sedikit Air Sirih
  1. Bakar asam keping hingga hangus.
  2. Kemudian, tumbuk dan gaulkan dengan sedikit air sirih.
  3. Sapu pada bahagian tekak yang sakit.

DEMAM

Bahan2 :
- Segenggam Daun Betik
- Kain Bersih
  1. Bersihkan dan tumbuk daun betik hingga halus.
  2. Kemudian tapis airnya menggunakan kain bersih.
  3. Minum air betik yang sudah ditapis itu.
  4. InsyaAllah, akan lihat perbezaannya. Demam semakin sembuh.

MASALAH KENCING MALAM

Bahan2 :
- Tembakau (Sebesar Ibu Jari)
- Kapur Sirih
  1. Campurkan tembakau bersama sedikit sirih.
  2. Kemudian, letakkan bahan tadi di pusat.
  3. Lakukan sewaktu hendak tidur malam dan ikatkan dengan kain.
  4. Seeloknya, dilakukan setiap malam semasa hendak tidur.

MENGHILANGKAN URAT BETIS MENONJOL

Bahan2 :
- Segenggam Kacang Hijau
  1. Rebus kacang hijau dengan air bersih tanpa mencampur dengan gula atau garam.
  2. Rebus hingga mendidih.
  3. Sebelum kacang hijau itu pecah2 kulitnya, dan air rebusan hanya tinggal segelas, angkatlah dari api.
  4. Minum air rebusan kacang bersama kacangnya setiap pagi dan malam sebelum tidur.
  5. Semasa hendak tidur, angkat kaki ke atas setinggi mungkin selama 10 minit.
  6. Lakukan setiap malam menjelang tidur.
  7. InsyaAllah urat betis akan kembali semula seperti biasa.

* Selalunya, wanita hamil akan mengalami keadaan dimana urat betisnya akan menonjol, dan akan berterusan sehingga sesudah bersalin.

BENGKAK DIBAWAH TELINGA

Bahan2 :
- Nila
- Cuka Makan
  1. Campurkan kedua2 bahan.
  2. Sapu di sekeliling telinga yang bengkak.
  3. InsyaAllah, bengkak tersebut akan beransur hilang.

BENGKAK DIBAWAH TELINGA

Bahan2 :
- Kayu Sepang
- Kapur Sirih
  1. Ambil kayu sepang dan asah dengan mencampurkan sedikit kapur sirih.
  2. Asah dengan menggunakan pasu/lesung batu.
  3. Sapukan pada keliling telinga.

* Jika anda mengalami masalah bengkak buah dada, anda juga boleh menyapu ramuan ini pada keliling buah dada. Seeloknya, dilakukan pada waktu malam.

PENAWAR PENGSAN

Bahan2 :
- Segelas Air
  1. Ambil air segelas dan bacakan "Ayat Kursi" sebanyak 11 kali.
  2. Sapukan air ke muka, kepala dan badannya.
  3. Kemudian, tiup pada telinganya sambil menyebut namanya (jika tahu namanya).
  4. Buatlah dengan tenang dan penuh sabar.
  5. InsyaAllah, dia akan sedar dari pengsannya.

MERAWAT BATUK BERTERUSAN

Bahan2 :
- Lidah Buaya (Ambil Isinya Sahaja)
- 3 Sudu Madu
  1. Gaul kedua2 bahan bersama air suam.
  2. Amalkan minum 2x sehari selama 7 hari berturut2.

* Pesakit perlu berpantang seperti berikut :

  • Jangan terlalu banyak makan makanan manis
  • Jangan tidur tidak menentu (Jangan Kurang Tidur)
  • Jangan memasukkan jari ke mulut (Seperti Kebiasaan Kanak)
  • Jangan makan terlalu banyak makanan pedas
  • Perbanyakkan gizi (Zat) dalam makanan seharian.

BENJOL

Bahan2 :
- Asam Jawa
- Garam
  1. Gaul asam jawa dan garam bersama air hingga pekat.
  2. Kemudian, sapu bahan2 yang digaul tadi pada tempat yang terkena benjol.
  3. InsyaAllah, benjolan itu akan mengecil dan mengempis.

KACANG TANAH RENDAHKAN TEKANAN DARAH

  1. Kacang tanah kaya dengan kandungan lemak, Vitamin A, B, E dan K, lecithin, choline, asid omino, kalsium dan sebagainya.
  2. Minyak kacang tanah pula membantu merendahkan tekanan darah tinggi dan kolestrol darah.
  3. Selaput lendirnya mengandungi ramuan yang lebih berkesan.
  4. Kandungan zat dalam kacang tanah ini juga baik untuk mengubati penyakit susah tidur (Insomnia).
  5. Jom kita makan kacang tanah.

BAYAM UBATI BANYAK PENYAKIT

  1. Bayam mengandungi banyak zat yang diperlukan oleh tubuh badan.
  2. Ia mengandungi protein, selulus, karotin, vitamin B1, B2, C, asid oxalic, kalsium, fosforus dan kandungan zat besi yang banyak.
  3. Disebabkan kandungan zat besi yang tinggi, ia boleh menyembuhkan penyakit kurang darah (Anaemia), meredakan tekanan darah tinggi dan sembelit.
  4. Ia juga membantu penghadaman.
  5. Jom kita makan bayam untuk kesihatan bersama.

SAKIT MATA

Bahan2 :
- 2 Titik Madu Lebah
  1. Cuci mata dengan air terlebih dahulu.
  2. Kemudian sapu atau titik madu lebah ke mata.
  3. Pejam mata selama 5 minit.
  4. Selepas 5 minit, cuci dengan air yang bersih.
  5. Lakukan 2 atau 3 kali sehari.

RAWATAN SELEPAS BERSALIN

Bahan2 :
- 2 Ketul Halia (Sederhana Besar)
- 2 Sudu Cuka
  1. Gaul semua bahan2 dan sapukan ke sekeliling pinggang.
  2. Selepas sapu, lilitkan bengkung seperti biasa sebagai satu rawatan menegangkan semula perut selepas bersalin.
  3. Cara begini akan mengelakkan pecah2 dan calar pada kulit perut.

KULIT MUKA BERMINYAK

Bahan2 :
- Air Beras
  1. Cuci muka dengan menggunakan air beras yang diambil dari basuhan beras.
  2. Bilas dengan air bersih.
  3. Hasilnya, wajah terasa lebih bersih dan dan bebas minyak.

* Selain itu, air beras juga boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga. Pokok bunga yang disiram dengan air beras akan menyubur dan melebatkan pokok bunga.

TERKENA BISA IKAN KELI

Bahan2 :
- 3 Sudu Makan Serbuk Kopi
  1. Ambil 3 sudu makan serbuk kopi, tuangkan sedikit air setengah mendidih.
  2. Kacau hingga sebati.
  3. Wapkan bahagian yang terkena sengatan dengan meletakkan diatas wap kopi itu.
  4. InsyaAllah bengkaknya akan hilang.

BISUL

Bahan2 :
- Bawang Putih
  1. Gosok bawang putih pada tempat yang ada bisul.
  2. Berkat air bawang putih yang berbau tengik itu, bisul tidak sempat membesar dan akan mengempis tanpa meninggalkan kesan parut.

BINTIK2 MERAH DI BADAN

Bahan2 :
- Sepotong Kunyit
- Sedikit Kapur Sirih
- Sedikit Air
  1. Parut kunyit kemudian gaulkan bersama kapur sirih dan air.
  2. Panaskan ramuan tersebut diatas api.
  3. Sejukkan sebentar.
  4. Setelah sejuk, sapukan dibahagian bintik2 yang merah tadi.
  5. InsyaAllah dalam masa 5 minit, bintik2 merah tersebut akan hilang.

MENGELAK DARI MELECUR

Bahan2 :
- Sabun Mandi
  1. Apabila badan terkena air panas terutama air yang sedang mendidih, cepat2 lah ambil sabun.
  2. Gosok bahagian yang terkena air panas tadi dengan air sabun secara perlahan2 tetapi tidak berhenti gosok.
  3. Berhenti bila bahagian yang terkena air panas tadi tidak merasa panas lagi.
  4. Dengan cara ini, bahagian yang terkena air panas tadi tidak melepuh dan akan cepat sembuh.

MENGHILANGKAN JERAWAT

Bahan2 :
- Kulit Pokok Bunga Tanjung
  1. Ambil lapisan dalam kulit batang pokok bunga tanjung itu.
  2. Giling halus2 dan jadikan ia bedak.
  3. Sebelum disapukan pada muka, campurkan dengan sedikit bedak sejuk dan beberapa tiits air.
  4. Sapukan pada muka terutama pada bahagian yang berjerawat.
  5. Seeloknya disapu pada sebelah malam sebelum masuk tidur.
  6. Jadikan ia amalan harian.